Saturday 5 May 2012

Komsas SPM : Novel



Jawab kedua-dua soalan di bawah.  Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang berikut:
(i)  Azfa Hanani  karya   Halis  Azhan Mohd Hanafiah
(ii)  kembara Amira karya   Amer Hmzah L. Kadir.

Watak utama memainkan peranan penting dalam menyampaikan nilai-nilai murni kepada masyarakat. Huraikan tiga nilai murni yang dimiliki watak utama.      

Contoh Jawapan Lengkap

Watak utama dalam novel Kembara Amira ialah Amira Amir. Nilai murni yang terdapat pada watak Amira ialah berani.  Buktinya,sebagai seorang remaja yang masih bersekolah , Amira sangat berani pergi ke hutan rimba untuk membantu ibunya dalam bidang arkeologi, hanya dengan ditemani sahabat baiknya iaitu Jacinta.
Amira juga seorang yang bertanggungjawab terutama terhadap sahabat baiknya. Dia berusaha mencari Malique setelah mengetahui tentang kehilangan Malique dengan meminta bantuan daripada rakan-rakannya yang lain.

Selain itu, Amira juga taat pada perintah agama.  Amira sentiasa menunaikan solat. Amira mengqada solat Subuh apabila sampai di Stesen Dahan Hijau kerana tidak sempat menunaikannya semasa di dalam kereta api.

Amira amat menghargai persahabatan. Contohnya,  Amira mengajak Jacinta ikut bersamanya ke Gunung Mat Raya supaya Jacinta dapat melupakan masalah keluarga yang dihadapinya. Amira dan Jacinta bersahabat baik dan menjaga nilai-nilai persahabatan serta saling menghormati.


Novel Azfa Hanani
Watak utama dalam novel Azfa Hanani ialah Azfa Hanani(Nani). Nilai murni yang terdapat watak Azfa Hanani ialah seorang yang tabah menghadapi cabaran hidup.  Walaupun telah kematian ibu dan ayahnya dalam kemalangan jalan raya Azfa Hanani tetap tabah meneruskan kehidupan.

Selain itu, Azfa Azfa Hanani juga berani menghadapi risiko. Contohnya, Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni untuk membantu membiayai kos perubatan sepupunya Zuraini yang lumpuh.

Azfa Hanani juga seorang yang gigih menimba ilmu pengetahuan.  Hai ini demikian kerana walaupun berasal daripada keluarga miskin dia gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya.